MINDA POSITIF & PERIBADI CEMERLANG.
Salam sejahtera tuan /puan yang di muliakan oleh allah swt..
Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah Muhammad SAW, Kepada ahli keluarga, kaum kerabat serta para sahabat yang sama-sama membela baginda, yang sama-sama berjuang menyebarkan risalah ALLAH SWT.
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT kerana tuan/ puan ditemukan kelaman sesawang saya…
Bismillah, disini ada 2 perkara ingin saya kongsikan yang pastinya sangat menarik buat tatapan/renungan buat tuan/puan, yang paling penting sekali bagaimana apa yang ingin saya kongsikan ini semoga dapat membuka jalan atau rangsangan yang baru bagi kita(hamba ALLAH SWT) untuk meneruskan kehidupan dunia ini dengan pengisian minda YANG POSITIF DAN PERIBADI YANG CEMERLANG untuk mencapai matlamat dan tujuan dalam masa sama juga dapat MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH SWT. di dunia dan di akhirat jua.
Yang pertamanya kita Sebagai hamba ALLAH SWT yang inginkan kebaikan kehidupan di dunia mahupun di kehidupan akhirat (kehidupan yang kekal selamanya, Andai berjaya berjaya selama, andaikan gagal dukacita segalanya..)
Walau bagaimanapun, disinilah (kehidupan dunia)bermulanya penentu sama ada kita mahu berjaya atau pun gagal ( akhirat ).
Tuan/puan yang dimuliakan allah swt.
Sebenarnya kita tidak Ada banyak masa Untuk buat persiapan bagi kehidupan yang singkat ini, namun untuk kehidupan yang sesingkat inilah (Cuma 60-70 tahun) kita telah gunakan hampir keseluruhan masa(24jam) kita untuk mencari keperluan duniawi dan sedikit sangat dari masa(24jam) ini kita gunakan untuk membina persiapan kehidupan (akhirat ) yang sangat bermakna buat kita dan bagi sekalian hamba ALLAH SWT yang bertebaran dibumi ini. Kerana di sanalah kampung halaman kita yang sebenarnya, sama ada ia berupa nikmat atau pun azab.Semoga kita dilindungi dari azab kubur dan neraka.
Tuan / puan yang dimuliakan ALLAH SWT, kita semua sedia maklum bahawa 24jam sehari adalah masa yang singkat dan apabila dibahagikan kepada 3 bahagian maka tiap-tiap bahagian akan terdapat hanya 8jam.bagaimana kita telah habiskan masa sebagai modal paling utama kita ini?
8jam pertama mungkin telah kita gunakan untuk bekerja(waktu pejabat).
8jam kedua:-
8jam pertama mungkin telah kita gunakan untuk bekerja(waktu pejabat).
8jam kedua:-
a. Buat kerja part-time
b. beriadah bersama keluarga / rakan
c. bersukan
d. cinema / menonton t.v
e. tidur 4-6 jam bagi orang dewasa.
Selain daripada tidur, dimana lagi masa yang masih terbaki?
Dapat kita lihat Secara rambang tuan/puan yang dimuliakan allah swt.
Disini Kita dapat lihat bahawa ramai antara kita (hamba ALLAH SWT) telah gunakan modal masa(24jam) yang allah swt. Berikan telah kita habis dengan perkara yang sia-sia. Namun begitu ada juga antara kita (hamba ALLAH SWT) sering mengadu/mengeluh seperti :
- Aku sibuk la.. banyak kerja (Banyak buat alasan).
- Aku takde masa (Alasan nak lepak kat rumah sebab penat bekerja sara keluarga)
- Kena buat O-T ( Terpaksa Cari Duit lebih Sebab kos sara diri tinggi)
- Buat kerja part-time ( O-T tak cukup sebab sara hidup melebihi pendapatan.)
- Akhir sekali diri sendiri yang merana, dunia kerugian, akhirat tak dapat nak buat persiapan.
Inilah antara perkara biasa setelah ditolak, dibahagi, ditambah, jawapannya ramai yang telah habiskan masa semata-mata hanya kerana komited pada urusan duniawi yang sememangnya telah menjadi tumpuan kita lebih daripada akhirat…
Alasan popular bagi Kita sama ada bapa/suami/ibu/isteri/anak/remaja/ibu tunggal, tak kiralah apapun status kita(hamba ALLAH SWT)yang hidup dibumi ALLAH swt ini, lebih rela berhabis-habisan masa dan tenaga untuk tempat yang sementara (kehidupan dunia) ini,Sedikit sangat dari kalangan kita (hamba ALLAH SWT) yang dapat habiskan masa-masa yang masih tersisa ini mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan berbakti kepada umat manusia agar masing-masing dapat lebih mengenali dan nasihat menasihati serta menyakini dalam erti kata yakin yang benar-benar yakin kepada kekuasaan ALLAH SWT yang maha mentadbir sekalian alamdan makhluk-makhluk ciptaan-NYA.
Fenomena yang berlaku bila berhadapan dengan masalah kekurangan wang keperluan bagi menjalani kehidupan seharian. Terpaksa sentiasa bertungkus lumus dengan niat untk menyelesaikan masalah..namun tak juga selesai..(ALLAH SWT sahaja sebaik2 pembela bagi manusia).
Walaupun begitu Kerana alasan yang cukup-cukup popular inilah.- penat-tak larat-sibuk-banyak kerja-takde masa-bini kat rumah sorang-sorang dan macam-macam lagi alasan yang langsung tidak membina kemajuan diri..tapi masih tak mahu mengusahakan sesuatu untuk cuba mengubah keadaan yang semakin hari semamakin tenat…(boleh menyebabkan barah otak ni…) cukuplah setelah berpenat lelah pada siang hari sampai ke malam tak perlulah nak berpenat-penat buang masa, rehat je kat rumah dengan anak bini tengok tv sambil layan facebook lagi sempoi, Inikah caranya kita bertindak untuk mencapai kejayaan dalam hidup di masa-masa akan datang dengan tidak mahu berusaha dan tidak bertindak pada sesuatu yang lebih baik.
Bagaimana pula generasi akan datang ?anak-anak kita / cucu kita/
Keturunan kita? Adakah kita hanya mapu melihat saje penularan minda dan akhlak yang negative menguasai keturunan generasi kita tanpa kita sendiri bertindak untuk membentuk semula diri kita menjadi idol / contoh yang baik pada generasi kita yang akan datang, biar apapun latarbelakang kita, untuk berjaya kita ketepikan kelemahan dan kekurangan kita serta berusaha untuk menjadi yang lebih baik …jangan jadikan ego kita sebagai penghalang untuk kita maju dalam kehidupan ini. Sekiranya kita masih berputus asa, tetap dengan sifat keakuan bagaimana kita mahu maju dan berjaya dalam kehidupan sebagai pemimpin bagi orang jagaan kita dan sebagai hamba ALLAH SWT yang impikan kejayaan di akhirat kelak
Jika beginilah keadaan yang berterusan, Bagaimana kita nak mencorak dan menjadi contoh tauladan yang baik pada kehidupan dan pemikiran generasi kita yang akan datang untuk maju dan berjaya dalam kehidupan dunia serta tak ketinggalan pula bagi persiapan untuk membina kehidupan akhirat(kehidupan yang kekal selamanya).
- Pernahkah kita fikirkan wabak fenomena yang sedang menular ini?
- Atau kita memang tak suka nak fikir benda-benda macam ni?
Apa-apa ntah “positif la..Negetif la… Minda cemerlang la..Peribadi Berjaya la..”
pandai la nak hidup.( Ini contoh Peribadi yang negatif )
pandai la nak hidup.( Ini contoh Peribadi yang negatif )
Adakah kita Takut pada kemajuan atau kita tak mahu pada kemajuan..
“Cukuplah Negara Saja Yang Maju, Nanti Rakyat Makmur La….”
( Contoh malas berusaha untuk majukan diri sendiri )
( Contoh malas berusaha untuk majukan diri sendiri )
Atau – “Malaslah nak fikir, pandai-pandai la nak hidup.”
Sekurang-kurangnya buat lah sesuatu untuk kemajuan dan kejayaan pendidikan anak-anak.( bukan cuma fikir diri sendiri )
Sekurang-kurangnya buat lah sesuatu untuk kemajuan dan kejayaan pendidikan anak-anak.( bukan cuma fikir diri sendiri )
Tuan/puan yang dimuliakan ALLAH swt.
Ini bukan Cara pemikiran kita(hamba-allah) sebagai manusia yang mahukan kebaikan dunia dan akhirat..
Ini bukan Cara pemikiran kita(hamba-allah) sebagai manusia yang mahukan kebaikan dunia dan akhirat..
Tuan /puan yang dimuliakan ALLAH SWT. Berusahalah untuk menafaatkan masa ini dengan bijak dan sebaik-baiknya, supaya kita tidak ketinggalan untuk membina persiapan akhirat ketika kita sedang leka mencari keperluan dunia yang fana ini.
Nak berjaya kita lihatlah dan ikutilah contoh manusia yang berjaya. Manusia agung yang sangat terserlah kejayaanya dan kecemerlangan beliau dalam mengatur strategi untuk mencapai kejayaan dunia,sekaligus memperolehi keredhaan ALLAh swt..manusia agung yang menjadi rahmat dan cahaya pada seluruh pelusuk muka bumi ini.
Manusia agung yang berjaya dan cemerlang ketika di dunia bahkan di akhirat jua.
RASULULLAH MUHAMMAD S.A.W
Penghulu segala nabi
Rahmat sekalian alam
Pemimpim umat akhir zaman..
“itu nabi... kita bukan nabi”
Kita adalah umat nabi Mhhammad SAW.
SELAWAT dan salam buat junjungan baginda rasulullah Muhammad SAW..
Baginda saw telah berjaya menukar sejarah manusia yang zalim dan kejam langsung tak bertamadun negative minda berubah menjadi positif bukan saja minda, bahkan peribadi juga disegani. Itulah sahabat-sahabat R.hum yang sentiasa bersama baginda dalam menjalani kehidupan untuk mencapai keredhaan ALLAH SWT.. dan amalan hidup baginda Muhammad SAW juga telah sahabat-sahabat R.hum terapkan dalam kehidupan mereka seharian,
SEMATA-MATA UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH SWT untuk berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat.
Tuan/puan yang dimuliakan ALLAH swt.
Dari apa yang telah saya kongsikan bersama tadi. DAPAT kita fikirkan logiknya bahawa untuk berjaya dan mendapat kebaikan dikehidupan dunia sahaja pun kita perlu mengikuti golongan orang yang berjaya dan berfikiran positif dan peribadi juga harus positif ..disini kita dapat liha betapa pemikiran/minda yang positif memainkan peranan penting untuk membentuk manusia yang cemerlang dan peribadi yang positif . Untuk cenderung pada kejayaan.
Minda positif membawa maksud cara berfikiran yang AKTIF pada SESUATU kesan yang logik atau tidak dan keterbukaan akal menerima sesuatu kenyataan yang relevan.menilai sesuatu kenyataan dengan teliti dan diperhalusi kebenaran dan logiknya kenyataan itu sebelum bertindak memberikan bangkangan atau kritikan yang tidak berlandas.. cenderung pada perkara baik dan bermanafaat serta mampu menolak sesuatu yang bersifat negative , cenderung untuk maju dalam kehidupan dunia mahupun akhirat serta inovatif dan keratif melakukan sesuatu untuk kemajuan diri.
Berbalik pada masa (24jam) yang diperuntukan oleh ALLAH SWT kepada kita sebagai modal perjalananyang singkat ini. Harus bagi kita untuk kita gunakan dengan cermat dan bijak pada perkara2 yang menguntungkan..
(samada mencapai keuntungan yang kekal atau yang sementara)
(samada mencapai keuntungan yang kekal atau yang sementara)
lebih2 lagi keuntungan yang kekal.
Kisah 1
Suatu petang pada tahun 1962,sebaik sahaja empat pemuda muda selesai menjalani uji bakat di Syarikat Rakaman Decca, di England. Mereka dihalau dan diperlekeh oleh segelintir eksekutif muda syarikat itu.
"Muzik kamu ketinggalan zaman. Tidak akan ada siapa manusia di muka bumi ini yang akan menyukainya. Berambus!"
Mengambil kata-kata caci maki itu sebagai cabaran, keempat-empat anak muda itu akhirnya beroleh kejayaan.. Mereka ialah : THE BEATLES
Pada tahun 1954, Jimmy Denny seorang pengarah Grand Ole Opry di Amerika memecat penyanyinya selepas satu persembahan buruk.
Katanya dalam nada cukup marah:
"Kalau begini cara awak menyanyi, awak takkan ke mana-mana. Lebih baik awak terus jadi pemandu trak sampai tua."
Penyanyi tersebut terus belalu pergi dan akhirnya menjadi penyanyi yang paling popular di dunia. Beliau adalah – ELVIS PRESLEY
Lihatlah bagaimana minda dan tindakan yang positif menjadi tungguk kejayaan mereka. Walaupun dunia artis barat penuh dengan cabaran dan saingan, mereka tidak pernah memberi alasan atau mengalah selagi hanyat di kandung badan.
Bukan cara kehidupan mereka yang kita nak ikut, tapi kesungguhan / keghairahan apabila melakukan sesuatu dengan konsisten dan berteruasan.
Tuan/puan yang dimuliakan ALLAH SWT. Untuk berjaya kita perlu sentiasa positif dan aktif mencari peluang dan jalan penyelesaian yang boleh diguna pakai untuk merubah keadaan. Walaupun mengambil masa lama hingga bertahun..sekurang-kurangnya tindakan kita pada hari ini akan merubah kehidupan kita di masa akan datang dan sedikit sebanyak telah merubah CARA PEMIKIRAN KITA MENJADI LEBIH POSITIF DAN MATANG dalam mencari jalan penyelesai serta dapat bertindak dengan sewajarnya..
Hargailah masa yang kita ada kerana masa umpama mata pedang yang sentiasa bersedia memenggal leher kita apabila kita lambat untuk bertindak.
Memiliki kejayaan dalam kewangan dan kebebasan masa pada zaman ini adalah keinginan setiap daripada kita… menafaat inilah yang perlu kita ambil supaya kita menjadi manusia yang peka dalam menempuh cabaran kehidupan ini..
Berfikir dan Bertindaklah akan memberikan kesan yang baik pada diri kitasitif , berusahalah demi kemajuan dan perubahan diri kita dalam menongkah arus perubahan zaman ini, jangan sampai kita dihimpit kebuntuan akibat kelewatan kita sendiri dalam membuat keputusan dan kemudian menyalahkan orang lain,
Kita yang buat keputusan, tapi kenapa mesti tengok je orang lain berusaha dan berjaya, sedangkan kita pun mampu juga untuk berusaha lebih dari mereka.
Tuan/puan yang dimuliakan ALLAH swt..peluang untuk maju dan berjaya dalam kehidupan sentiasa ada dan menanti untuk kita miliki dan usahakan.
Rebutlah peluang selagi kita masih mampu untuk berfikir dan bertindak sebelum perkara yang tak kita ingini berlaku pada kita, bertindak dengan kesanggupan dan kesungguhan berusaha, impian pasti menjadi kenyataan..
Betindaklah Dalam Jangkamasa Yang Cukup Pantas!
WANG BUKAN SEGALANYA, NAMUN SEGALANYA ANDA PERLU BAYAR DENGAN WANG...
LANGKAH MENUJU KEJAYAAN
BERMULA DENGAN
MINDA YANG POSITIF
SEBELUM MENCAPAI
1001 ERTI KEJAYAAN
Rakan Anda:
Khairi ariffin
+6017 793 1519
studio.irp2u@gmail.com
studio.irp2u@gmail.com
http://panduanjutawang2u.webs.com
Walaupun belumk menjadi kaya,
Saya telah lihat perubahan pada diri saya,
Dan saya yakin antara duan kejayaan pasti akan dikecapi
Selagi kita mahu terus berusaha dan tidak sesekali berputus asa
Pada rahmat ALLAH SWT.
NASIHAT ORANG BERJAYA
N.D LALA - mentor jutawan –
“NAK BERJAYA IKUT NASIHAT ORANG BERJAYA,
NAK GAGAL,DENGAR CAKAP ORANG GAGAL”
CIKGU AMIRUDIN - mentor jutawan -
“KITA BUAT PERKARA YANG SAMA, HASILNYA JUGA SAMA,
KITABUAT PERKARA YANG BERBEZA, HASILNYA JUGA BERBEZA”
Ps : semoga apa yang dikongsikan menjadi asbab kita mendapat kebaikan di dunia dan berjaya sebagai manusia yang mahu mencapai matlamat dan tujuan.
“Hakikat kejayaan adalah berjaya mencapai keredhaan ALLAH”
Business by ui2u.com

No comments:
Post a Comment